SETITIK MADU
BERMADU DENGAN MANISNYA LEBAH.
Tuesday, 14 May 2013
KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS MATEMATIK TAHUN 4 2013
Kursus bermula 14 Mei hingga 19 Mei di PKG Ayer Lanas, SK Gemang, dari pukul 800 pagi hingga 5.00 petang. 56 orang guru Matematik dari sekolah rendah PPD Tanah Merah dan PPD Jeli bergabung di bawah satu bumbung bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia.
Monday, 10 December 2012
Api dan Khasiatnya.
Kata orang tua-tua, jangan bermain api, kelak nanti terbakar diri.
Namun, api ada banyak khasiatnya. Walaupun dari satu sudut ianya amat berbahaya kalau disalahgunakan, tetapi dari sudut yang lain, api amat berguna kepada kehidupan kita. Tanpanya, makanan kita akan mentah, rumaha kita akan kegelapan bila malam. Api juga memberi bantuan kita semasa di perjalanan malam.
Sumber api yang dipaparkan di sini boleh memendekkan umur kita bila digunakan untuk membakar puntung rokok. Hati-hati dengan rokok, kerana di hujungnya juga ada api........

Tuesday, 13 November 2012
JAMUAN AKHIR TAHUN
Guru yang perihatin dan penyayang akan menganjurkan jamuan akhir tahun bagi setiap kali sekolah akan bercuti panjang pada hujung tahun. Beraneka jenis kuih dan hidangan yang enak disediakan bagi memeriahkan majlis. Murid-murid yang diraikan pasti akan teruja dengan juadah dan keraian yang disediakan untuk mereka. Maklumlah, mungkin tahun 2013 nanti antara mereka sekalas akan tidak dapat bersama lagi lantaran telah diasingkan kelas mereka mengikut kemampuan indvidu dalam ujian akhir tahun 2012 ini. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID TERSAYANG.
Sunday, 11 November 2012
PAHLAWAN RIMBA
Memang tampak segak dan gagah haiwan perkasa ini. Sekarang ini haiwan ini juga ikut diancam kepupusan. Mungkin ini adalah salah seekor yang tinggal untuk kenangan kita bersama. Untuk melihat lebih dekat lagi pahlawan rimba ini, bolehlah berkunjung ke Zoo Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)