Monday, 10 December 2012

Api dan Khasiatnya.

Kata orang tua-tua, jangan bermain api, kelak nanti terbakar diri.

Namun, api ada banyak khasiatnya. Walaupun dari satu sudut ianya amat berbahaya kalau disalahgunakan, tetapi dari sudut yang lain, api amat berguna kepada kehidupan kita. Tanpanya, makanan kita akan mentah, rumaha kita akan kegelapan bila malam. Api juga memberi bantuan kita semasa di perjalanan malam.

Sumber api yang dipaparkan di sini boleh memendekkan umur kita bila digunakan untuk membakar puntung rokok. Hati-hati dengan rokok, kerana di hujungnya juga ada api........

Tuesday, 13 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN

Guru yang perihatin dan penyayang akan menganjurkan jamuan akhir tahun bagi setiap kali sekolah akan bercuti panjang pada hujung tahun. Beraneka jenis kuih dan hidangan yang enak disediakan bagi memeriahkan majlis. Murid-murid yang diraikan pasti akan teruja dengan juadah dan keraian yang disediakan untuk mereka. Maklumlah, mungkin tahun 2013 nanti antara mereka sekalas akan tidak dapat bersama lagi lantaran telah diasingkan kelas mereka mengikut kemampuan indvidu dalam ujian akhir tahun 2012 ini. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID TERSAYANG.

Sunday, 11 November 2012

PAHLAWAN RIMBA

Memang tampak segak dan gagah haiwan perkasa ini. Sekarang ini haiwan ini juga ikut diancam kepupusan. Mungkin ini adalah salah seekor yang tinggal untuk kenangan kita bersama. Untuk melihat lebih dekat lagi pahlawan rimba ini, bolehlah berkunjung ke Zoo Melaka.

Sunday, 3 June 2012

LAMBAIAN CUTI SEKOLAH

SEBELUM CUTI BERMULA, SEDIKIT KESEMPATAN DIGUNAKAN UNTUK MENCERIAKAN ANAK ANAK DENGAN LAWATAN SAMBIL BERIADAH KE TEMPAT TEMPAT MUNASABAH DAN BERKEPENTINGAN SEJAJAR PROSPEK PENDIDIKAN MASA KINI.

Tuesday, 22 May 2012

KUASA DUIT/PITIS

Kata orang, "ada wang semua orang sayang". Betul ke? 

Kalau ada duit/wang/pitis kita akan mampu untuk mengadakan apa sahaja material dalam hidup ini. Wang punyai kuasanya yang tersendiri. 
Banyak duit kita digelar "Orang Kaya" Lagi banyak duit kita digelar "Jutawan" pula. 
Tidak berduit kita dipersendakan.."sengket" katanya. Lagi tak berduit kita digelar "Papa Kedana"


Cara berpakaian orang berduit lain, orang banyak duit lain, orang tak berduit pakaiannya pun terlalu lain dan mungkin tak cukup sepasang atau tak 'cukup kain".


Setiap hari semua orang yang perlukan duit akan berusuaha, bekerja dan berniaga. Usaha mereka ini hanyalah mencari rezeki untuk diri sendiri, keluarga, tanggungan dan seumpamanya. Oleh kerana semua jenis benda di dunia ini hanya boleh didapati dengan bersandarkan duit, maka duitlah yang dicari dahulu, sebelum mencari barangan keperluan lain. Tanam padi, toreh getah, kerja kuli, kerja pejabat, makan gaji dan sebagainya itu merujuk kepada carian duit. 


Walau apapun kena pastikan juga, pencarian kita itu mengikut lunas-lunas yang sah, samada di sisi undang-undang maupun hukum agama....

Thursday, 12 April 2012

EPILOG CINTA SI CICAK TUA


 Lembayung senja melabuh tirainya..
di bawah sepohon kayu yang rendang
tiada dedaun malahan kering
berlubang pula batangnya
meninggalkan terowong reput yang sejuk
terlindung dek panas dan hujan.

di situ siapa menyangka
lahir pusaka harta bangsa
dalam lubang kayu yang berongga
berkokok ia lantang menyinga
mengilai kepada karenah manusia
yang lucu dan gila bersengketa.


di sana sini gegak gempita
menilai harga mengumpan mangsa
siapa dan di mana ia..
sanggup merentas segala duga
sanggup menanti sampai ke tua
hanya kerana ia..
harta bangsa berjuta nilainya.

ada yang kata
itu cuma dongengan semata
manakan laku si cicak tua
berkedut besar ringannya ketara
namun ada sudah yang kena
menjadi kaya secara tiba-tiba
dek harta di dalam rongga.


kesian si cicak tua..
keamanan hilang dikejar masa
lantaran harga berjuta dollar
ia diburu, dikacau manusia
tak berani lagi berkokok menyinga
mengilai ketawa sebagaimana biasa
kini diam seribu bahasa.


Zeck.M.S
11.10.10

LEBAH MADU DESA

Sesiapa sahaja yang mengetahui akan kebaikan dan istimewanya Madu Lebah, mereka akan faham apa sumbangan Sang Lebah ini untuk mereka. Namun hanya mereka yang arif tentang lebah hutan ini sahaja yang tahu caranya untuk mendapatkan madu ini. Mereka juga faham betapa susahnya untuk memperolehi madu ini dari hutan. Mereka terpaksa menempuh berbagai ranjau dan kepayahan bagi memperolehinya. Mereka perlu mencari di segenap pelusuk rimba dengan berbagai cabaran terpaksa ditempuh, termasuklah disengat lebah, dikejar ular tedung, digigit pacat,maupun disergah babi hutan.

Add caption
Setelah berpenat lelah mengekori setiap pergerakan ibu sang lebah itu,maka ketemulah mereka si pencari lebah madu ini dengan sarang lebah yang sebegini bentuknya. Di mana di bawah tompokan sang lebah itu tersembunyi titsan madu yang amat berkhasiat......

Friday, 23 March 2012

PISANG KECIK

PISANG WALAUPUN KAU KECIKBANYAK BIJI DALAM SESIKATBANYAK SIKAT DALAM SETANDANBOLEH DIMAKAN MASAKBOLEH JUGA DIMAKAN MENTAHBUAT KEREPEK PUN BOLEHGORENG PUN SODAP JUGAPENGAT PISANG PUN MENYELERAKAN MAKAN DENGAN PULUT PUN BOLEH..PENGAT PISANG.

Thursday, 22 March 2012

PENGALAMAN KULIAH U

BILA DAH BERUMUR BARU NAK MASUK KULIAH U....FAHAM FAHAM LE. BANYAK YANG TAK FAHAM DARI YANG MAMPU DIINGATKAN. BUAT NOTA TERBELEK-BELEK...AKHIRNYA BERKECAMUK JUGA SUSAH NAK DIKATAKAN. TAPI ATAS DASAR SEMANGAT KESUKANAN YANG MASIH KENTAL..DIGAHA JUGA UNTUK MENDENGAR DAN MENDENGAR. INSYAALLAH SEMANGAT INI AKAN TERUS MEMBARA UNTUK SEPANJANG TEMPOH KURSUS INI....

Monday, 19 March 2012

BERHUTANG ATAU PINJAM

KALAU KITA PERASAN, KITA NI MEMANG BANYAK BERHUTANG ATAU PINJAM PINJAM HINGGA JADI HUTANG. DENGAN ORANG KITA HUTANG, DENGAN EMAK KITA PINJAM,
Add caption
DENGAN KAWAN KITA HUTANG...DENGAN BANK PUN KITA PINJAM. LAMA LAMA HUTANG DAH JADI KELILING PINGGANG...YANG HARUNYA KITA SANGGUP HUTANG UNTUK BAYAR HUTANG......GALI LUBANG TUTUP LUBANG..HU HU

UDANG GALAH

UDANG GALAH SUNGAI KELANTAN YANG SEMAKIN BERKURANGAN. AKIBAT AKTIVITI MANUSIA...SPESIS UDANG INI SEMAKIN MENGECIL. SEPETANG  MENUNGGU DI TEBING SUNGAI, HANYA DUA EKOR MAMPU DIPANCING. 

Sunday, 18 March 2012

SUKAN

KEGIATAN SUKAN OLAHRAGA DI PERINGKAT SEKOLAH MAMPU MEMANTAPKAN PENYEDIAAN ATLET NEGARA KE PERINGKAT ANTARABANGSA. ITU PUN BERGANTUNG JUGA KEPADA KEMAMPUAN ATLET REMAJA BERSAING DAN JUGA TIDAK DAPAT TIDAK PIHAK PENGURUSAN DAN KEWANGAN JUGA PERLU BIJAK MEMBUAT SESUATU YANG TERBAIK.

Saturday, 17 March 2012

BERKAT JUGA MENGHULURKAN SEDIKIT DARIPADA REZEKI KITA KEPADA ORANG LAIN.
KALAU TIDAK SEKARANG, MUNGKIN SUATU HARI NANTI KITA KAN TERIMA 
KEBERKATANNYA. INSYAALLAH.

Friday, 16 March 2012

ADUHAI KULIAH

KULIAH SEHARIAN YANG TERHIDANG
BUKANLAH SEPERTI HIDANGAN INI DALAM KHAYALAN
BANYAK SUNGGUH MERAGUKAN FIKIRAN
ADUHAI KULIAH
SEHARIAN AKU DIHADAP KERESAHAN
ENTAH PERASAN ATAU PERASAAN
AKU TERBELENGGU DALAM KERAGUAN.......
SALAM,   HU HU..
SEJAK SEMALAM AKU TERKIAL-KIAL AK SIAPKAN ASSIGMENT..HUH...,
MUJURLAH ADA YANG SEKOLAH NI BAGI FREE JE KHIDMAT NAK AJAR SIAPKAN ASSIGMENT AKU NI.....KALAU TIDAK SAMPAI BESOK MALAM PUN AKU MACAM NI LAH JUGA.

Saturday, 18 February 2012