Sunday, 3 June 2012
LAMBAIAN CUTI SEKOLAH
SEBELUM CUTI BERMULA, SEDIKIT KESEMPATAN DIGUNAKAN UNTUK MENCERIAKAN ANAK ANAK DENGAN LAWATAN SAMBIL BERIADAH KE TEMPAT TEMPAT MUNASABAH DAN BERKEPENTINGAN SEJAJAR PROSPEK PENDIDIKAN MASA KINI.
Tuesday, 22 May 2012
KUASA DUIT/PITIS
Kata orang, "ada wang semua orang sayang". Betul ke?
Kalau ada duit/wang/pitis kita akan mampu untuk mengadakan apa sahaja material dalam hidup ini. Wang punyai kuasanya yang tersendiri.
Banyak duit kita digelar "Orang Kaya" Lagi banyak duit kita digelar "Jutawan" pula.
Tidak berduit kita dipersendakan.."sengket" katanya. Lagi tak berduit kita digelar "Papa Kedana"
Cara berpakaian orang berduit lain, orang banyak duit lain, orang tak berduit pakaiannya pun terlalu lain dan mungkin tak cukup sepasang atau tak 'cukup kain".
Setiap hari semua orang yang perlukan duit akan berusuaha, bekerja dan berniaga. Usaha mereka ini hanyalah mencari rezeki untuk diri sendiri, keluarga, tanggungan dan seumpamanya. Oleh kerana semua jenis benda di dunia ini hanya boleh didapati dengan bersandarkan duit, maka duitlah yang dicari dahulu, sebelum mencari barangan keperluan lain. Tanam padi, toreh getah, kerja kuli, kerja pejabat, makan gaji dan sebagainya itu merujuk kepada carian duit.
Walau apapun kena pastikan juga, pencarian kita itu mengikut lunas-lunas yang sah, samada di sisi undang-undang maupun hukum agama....

Thursday, 12 April 2012
EPILOG CINTA SI CICAK TUA
Lembayung senja melabuh tirainya..
di bawah sepohon kayu yang rendang
tiada dedaun malahan kering
berlubang pula batangnya
meninggalkan terowong reput yang sejuk
terlindung dek panas dan hujan.
di situ siapa menyangka
lahir pusaka harta bangsa
dalam lubang kayu yang berongga
berkokok ia lantang menyinga
mengilai kepada karenah manusia
yang lucu dan gila bersengketa.
di sana sini gegak gempita
menilai harga mengumpan mangsa
siapa dan di mana ia..
sanggup merentas segala duga
sanggup menanti sampai ke tua
hanya kerana ia..
harta bangsa berjuta nilainya.
ada yang kata
itu cuma dongengan semata
manakan laku si cicak tua
berkedut besar ringannya ketara
namun ada sudah yang kena
menjadi kaya secara tiba-tiba
dek harta di dalam rongga.
kesian si cicak tua..
keamanan hilang dikejar masa
lantaran harga berjuta dollar
ia diburu, dikacau manusia
tak berani lagi berkokok menyinga
mengilai ketawa sebagaimana biasa
kini diam seribu bahasa.
Zeck.M.S
11.10.10
LEBAH MADU DESA
Sesiapa sahaja yang mengetahui akan kebaikan dan istimewanya Madu Lebah, mereka akan faham apa sumbangan Sang Lebah ini untuk mereka. Namun hanya mereka yang arif tentang lebah hutan ini sahaja yang tahu caranya untuk mendapatkan madu ini. Mereka juga faham betapa susahnya untuk memperolehi madu ini dari hutan. Mereka terpaksa menempuh berbagai ranjau dan kepayahan bagi memperolehinya. Mereka perlu mencari di segenap pelusuk rimba dengan berbagai cabaran terpaksa ditempuh, termasuklah disengat lebah, dikejar ular tedung, digigit pacat,maupun disergah babi hutan.
Setelah berpenat lelah mengekori setiap pergerakan ibu sang lebah itu,maka ketemulah mereka si pencari lebah madu ini dengan sarang lebah yang sebegini bentuknya. Di mana di bawah tompokan sang lebah itu tersembunyi titsan madu yang amat berkhasiat......
| Add caption |
Subscribe to:
Posts (Atom)